Wednesday, December 25, 2013

~NIKMAT~

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Allah Maha Besar

Sihat vs Sakit
Muda vs Tua
Lapang vs Sempit
Kaya vs Miskin
Hidup vs Mati

Tidak lengkap hidup ini tanpa ujian.. 

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Walaupun sehari tapi rasa sakit, hiba, sayu, pilu, sedih, geram, marah semua berkumpul jadi satu..
hati mengucap bibir rapat tidak bersuara.. Allah

 Bila syaitan menguasai diri..sifat amarah terus tinggi hilang kawalan diri...
Allah Maha Besar..Maha Penyayang ..Maha Pengampun
kerana..menghadirkan insan-insan yang menyedarkan aku..

ABAH antara insan yang telah menyedarkan aku..walaupun sekadar melihat wajahnya...pilu..sayu..hiba bila menatap wajahnya yang mengambil berat terhadap diri ku..
Ya Allah..lindungilah abah dari sebarang perkara yang tidak diingini dan rahmatilah hidupnya..
Aku sangat sayang kepadanya..



Sihat, muda, lapang, kaya dan hidup itu semua NIKMAT yang Allah berikan kepada setiap hambaNya..
antara sedar dengan tidak sahaja akan segala nikmat-nikmat itu..
Ya Allah jadikanlah aku tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan..

Wahai teman..duhai sahabat..hargailah apa yang ada di sekeliling kalian..
what you give you get back... hidup ini umpama roda..yang berada di atas tidak selamanya di atas..yang di bawah tidak selamanya di bawah..
 Semoga selepas kejadian semalam aku dapat mendidik hati, akal dan minda untuk lebih menghayati erti sabar yang sebenar..
wallahualam..


0 comments:

 
;