Sunday, February 5, 2017 0 comments

~Menulis untuk berkongsi~



Setelah lama menyepi tanpa sebarang coretan panjang, hari aku rasa mahu mengatik papan kekunci dengan lebih lama. Mungkin tahun ini tahun terakhir berkhidmat di tanah Borneo. Tahun 2017, semoga aku jadi lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Menjejakkan kaki di tanah Borneo ini, merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk aku kongsikan dengan adik beradik dan anak cucu aku suatu ketika nanti. Melihat nama tersenarai untuk berkhidmat di tanah Borneo suatu masa lalu, mengalir perlahan rintik hujan di pipi. Semuanya menjadi pengalaman pertama, pertama kali menaiki pesawat(hingga kini sudah berkali-kali, namun masih takut jika tersalah masuk pesawat yang tidak menuju ke destinasi), pertama kali sampai ke tanah Borneo, pertama kali solat subuh yang awal satu jam dari Tanah Malaya(lewat sedar, jam 6 sudah cerah), dan  pelbagai lagi. Hampir 4 tahun berada di negeri bawah Bayu ini bermacam makanan sudah kurasa. Bermusafir saat memperoleh kereta, merata pergi demi suatu pengalaman. Kemalangan pertama juga di sini.(hampir kena panic attack, kerana terlalu takut)


2017 merupakan tahun kelima aku bermaustautin di Menumbok, walaupun sebenarnya hanya 3 tahun lebih. 01 Julai 2017 akan genaplah 4 tahun aku berkhidmat. Aku rancang untuk kembali ke Tanah Malaya dalam masa 5 tahun. Namun, aku hanya hamba, kerana sebaik-baik perancangan, ialah perancangan Allah.. Kita merancang Allah yang menentukan.


Aku kongsikan beberapa keping gambar semasa di Sabah..




Lencana sekolah tempat aku berkhimat. SK Pekan Menumbok. 
Nama yang mulanya menjadi gurauan dalam kalangan saudaraku..Lain dari lain.. Seringkali jua aku berkata "Sebelum sampai Menumbok, kena lalu Menumpang dan Menunggang" Memang nama2 itu antara nama kampung yang ada dalam daerah Kuala Penyu.


Logo JPN Sabah 



Kerja sebelum menerima lawatan.

Tagal
Dolungan Sumbiling Kimanis
Kg. Kinolosodon Papar
Akhir 2013.. muka mulai naik jerawat teruk akibat salah guna produk kecantikan.
Pantai di Kuala Penyu.. 40 minutes dari Menumbok kalau pandu kereta 80/kmj


dan banyak lagi gambar.. aku suka tangkap gambar..sebagai kenangan..semoga tidak lupa, kerana aku seorang pelupa.




 tintaakhirpart1
MENUMBOK
05022017

Thursday, June 18, 2015 0 comments

PERJALANAN PANJANG

aku ingin kembali...
Wednesday, December 25, 2013 0 comments

~NIKMAT~

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Allah Maha Besar

Sihat vs Sakit
Muda vs Tua
Lapang vs Sempit
Kaya vs Miskin
Hidup vs Mati

Tidak lengkap hidup ini tanpa ujian.. 

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Walaupun sehari tapi rasa sakit, hiba, sayu, pilu, sedih, geram, marah semua berkumpul jadi satu..
hati mengucap bibir rapat tidak bersuara.. Allah

 Bila syaitan menguasai diri..sifat amarah terus tinggi hilang kawalan diri...
Allah Maha Besar..Maha Penyayang ..Maha Pengampun
kerana..menghadirkan insan-insan yang menyedarkan aku..

ABAH antara insan yang telah menyedarkan aku..walaupun sekadar melihat wajahnya...pilu..sayu..hiba bila menatap wajahnya yang mengambil berat terhadap diri ku..
Ya Allah..lindungilah abah dari sebarang perkara yang tidak diingini dan rahmatilah hidupnya..
Aku sangat sayang kepadanya..



Sihat, muda, lapang, kaya dan hidup itu semua NIKMAT yang Allah berikan kepada setiap hambaNya..
antara sedar dengan tidak sahaja akan segala nikmat-nikmat itu..
Ya Allah jadikanlah aku tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan..

Wahai teman..duhai sahabat..hargailah apa yang ada di sekeliling kalian..
what you give you get back... hidup ini umpama roda..yang berada di atas tidak selamanya di atas..yang di bawah tidak selamanya di bawah..
 Semoga selepas kejadian semalam aku dapat mendidik hati, akal dan minda untuk lebih menghayati erti sabar yang sebenar..
wallahualam..


Sunday, December 15, 2013 0 comments

~Diari Cuti Sekolah I~


 ... Misi adik beradik ...

~Bendang, Pasir Panjang~
petang-petang boring..pergi jalan pusing kampung tengok sawah...
Subhanallah
via Samsung jerr... ^_^

~second house : Klang
rajin kakak-kakak dan adik pergi kenduri..trip hari ni 14.12.13 full...alhamdulillah
semoga Allah berkati kami adik beradik..
kredit to : cik adik fareha
 perjalanan diteruskan to...... 

I-City, Shah Alam
Nak masuk tapi fee macam tak berbaloi, so snap sekejap depan pintu masuk pun jadilah..alhamdulillah..
aktiviti cuti sekolah bersama adik2 dan kakak2... terasa da tua... ^_^
kredit to : fareha (tukang ambil gambar) k.balqis (tukang bawa kereta n tunjuk jalan)

~jom masuk~ via Trick Art Museum

~disimbahi cahaya~

"patutnya adik yang excited bergambar..ni kakak2 yang excited"
My sis yang jadi teman bergaduh dan bercerita.. Semoga Allah berkati kami...Ameen

Teruja via Space Ride
~7 minutes for short journey~


Bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus..sama seperti kami adik beradik.. ..walaupun dalam perjalanan ada je yang digaduhkan namun kami tetap adik beradik (yang terima segala keburukan dan kelemahan)..Alhamdulillah..


Firman Allah dalam surah Al- Hujurat ayat 10 dan 11 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
(surah Al Hujurat:10)
 Rasulullah SAW juga menyuruh kita memelihara ukhuwah sebagaimana sabda baginda : Kasihilah saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri. Subhanallah. Maha Suci Allah. 


Thursday, December 12, 2013 0 comments

Learn..

~~ the end or continue ~~
credit : google image
spread the love..

less or more
love or hate
strong or weak
good or bad
sweet or bitter


my decision to decide
everything happen for a reason





Friday, May 3, 2013 0 comments

~New Family with new words~


Icci..ini..bla bla(tak ingat)..yang..go..bla bla(tak ingat)..nana..hacci..que..jue
(Mari mengenal 1 hingga 10 bahasa Jepun "kredit to Abechi sensei")


My new japanesse word tonight..Meeting with Abechi, Maku, and Miwa onnichan...
Hari ini abah dengan mak aku terima sebuah keluarga angkat daripada Jepun..
 So nice of them..semua benda menarik perhatian mereka..

Yang paling aku suka adalah masa turut serta melihat kelip-kelip dekat Bukit Belimbing, Kuala Selangor..
Takda gambar yang dapat dirakam..Subhanallah..sungguh cantik dan tertarik..hee..alhamdulillah..

Mengenali mereka membuatkan aku semakin menyayangi bahasa.Tanpa bahasa sesuatu mesej tak dapat disampaikan tak kiralah bahasa lisan mahupun bukan lisan.. 

So Nurul Husna lepas ini kena polish balik bahasa Arab supaya dapat berbahasa dengan bahasa syurga dengan baik.. In sha Allah..

Aku, Miwa Onnichan, Maku, Abechi dan kawan2 mereka di Kampung Kelip-Kelip
"Kredit to Pn. Mak (amatur sebab tu nampak separuh je) "

"still in mood PILIHANRAYA... dekat mana-mana sahaja boleh dijumpai ratusan poster, bendera yang digantung sempena hari bersejarah 5 Mei ini..Aku pun kena tempiasnya..INIKALILAH undilah pemimpin yang benar..In sha Allah, Allah akan membantu perjuangan shabat-sahabat yang ingin menegakkan syiar Islam"



Tuesday, April 30, 2013 0 comments

~I'm Back~

Setelah sekian lama..alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis..mungkin kali ini perlukan perubahan yang lebih baik daripada yang sebelumnya...

.Aku percaya setiap perkara baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya..

Teacher to be..so will be prepare soon.

#moodpilihanrayaINIKALILAHUBAH#

~Merenung masa depan~

 
;