Sunday, February 5, 2017 0 comments

~Menulis untuk berkongsi~



Setelah lama menyepi tanpa sebarang coretan panjang, hari aku rasa mahu mengatik papan kekunci dengan lebih lama. Mungkin tahun ini tahun terakhir berkhidmat di tanah Borneo. Tahun 2017, semoga aku jadi lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Menjejakkan kaki di tanah Borneo ini, merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk aku kongsikan dengan adik beradik dan anak cucu aku suatu ketika nanti. Melihat nama tersenarai untuk berkhidmat di tanah Borneo suatu masa lalu, mengalir perlahan rintik hujan di pipi. Semuanya menjadi pengalaman pertama, pertama kali menaiki pesawat(hingga kini sudah berkali-kali, namun masih takut jika tersalah masuk pesawat yang tidak menuju ke destinasi), pertama kali sampai ke tanah Borneo, pertama kali solat subuh yang awal satu jam dari Tanah Malaya(lewat sedar, jam 6 sudah cerah), dan  pelbagai lagi. Hampir 4 tahun berada di negeri bawah Bayu ini bermacam makanan sudah kurasa. Bermusafir saat memperoleh kereta, merata pergi demi suatu pengalaman. Kemalangan pertama juga di sini.(hampir kena panic attack, kerana terlalu takut)


2017 merupakan tahun kelima aku bermaustautin di Menumbok, walaupun sebenarnya hanya 3 tahun lebih. 01 Julai 2017 akan genaplah 4 tahun aku berkhidmat. Aku rancang untuk kembali ke Tanah Malaya dalam masa 5 tahun. Namun, aku hanya hamba, kerana sebaik-baik perancangan, ialah perancangan Allah.. Kita merancang Allah yang menentukan.


Aku kongsikan beberapa keping gambar semasa di Sabah..




Lencana sekolah tempat aku berkhimat. SK Pekan Menumbok. 
Nama yang mulanya menjadi gurauan dalam kalangan saudaraku..Lain dari lain.. Seringkali jua aku berkata "Sebelum sampai Menumbok, kena lalu Menumpang dan Menunggang" Memang nama2 itu antara nama kampung yang ada dalam daerah Kuala Penyu.


Logo JPN Sabah 



Kerja sebelum menerima lawatan.

Tagal
Dolungan Sumbiling Kimanis
Kg. Kinolosodon Papar
Akhir 2013.. muka mulai naik jerawat teruk akibat salah guna produk kecantikan.
Pantai di Kuala Penyu.. 40 minutes dari Menumbok kalau pandu kereta 80/kmj


dan banyak lagi gambar.. aku suka tangkap gambar..sebagai kenangan..semoga tidak lupa, kerana aku seorang pelupa.




 tintaakhirpart1
MENUMBOK
05022017

 
;