Thursday, December 12, 2013 0 comments

Learn..

~~ the end or continue ~~
credit : google image
spread the love..

less or more
love or hate
strong or weak
good or bad
sweet or bitter


my decision to decide
everything happen for a reason





Friday, May 3, 2013 0 comments

~New Family with new words~


Icci..ini..bla bla(tak ingat)..yang..go..bla bla(tak ingat)..nana..hacci..que..jue
(Mari mengenal 1 hingga 10 bahasa Jepun "kredit to Abechi sensei")


My new japanesse word tonight..Meeting with Abechi, Maku, and Miwa onnichan...
Hari ini abah dengan mak aku terima sebuah keluarga angkat daripada Jepun..
 So nice of them..semua benda menarik perhatian mereka..

Yang paling aku suka adalah masa turut serta melihat kelip-kelip dekat Bukit Belimbing, Kuala Selangor..
Takda gambar yang dapat dirakam..Subhanallah..sungguh cantik dan tertarik..hee..alhamdulillah..

Mengenali mereka membuatkan aku semakin menyayangi bahasa.Tanpa bahasa sesuatu mesej tak dapat disampaikan tak kiralah bahasa lisan mahupun bukan lisan.. 

So Nurul Husna lepas ini kena polish balik bahasa Arab supaya dapat berbahasa dengan bahasa syurga dengan baik.. In sha Allah..

Aku, Miwa Onnichan, Maku, Abechi dan kawan2 mereka di Kampung Kelip-Kelip
"Kredit to Pn. Mak (amatur sebab tu nampak separuh je) "

"still in mood PILIHANRAYA... dekat mana-mana sahaja boleh dijumpai ratusan poster, bendera yang digantung sempena hari bersejarah 5 Mei ini..Aku pun kena tempiasnya..INIKALILAH undilah pemimpin yang benar..In sha Allah, Allah akan membantu perjuangan shabat-sahabat yang ingin menegakkan syiar Islam"



Tuesday, April 30, 2013 0 comments

~I'm Back~

Setelah sekian lama..alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis..mungkin kali ini perlukan perubahan yang lebih baik daripada yang sebelumnya...

.Aku percaya setiap perkara baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya..

Teacher to be..so will be prepare soon.

#moodpilihanrayaINIKALILAHUBAH#

~Merenung masa depan~

Friday, October 19, 2012 0 comments

Sekian lama....

hmmm...da lama xmenulis ni...
Wednesday, August 29, 2012 0 comments

~~Bagaimana~~


Monday, August 27, 2012 0 comments

~~Muhasabah Diri II~~ Aku ingin jadi insan yang bersyukur..

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk







0 comments

~~Muhasabah Diri I~~


mmm.....
reflek kembali diri...
adakah diri ini berada di antara salah satu ciri-ciri yang dinyatakan...
ampunkan dosaku Ya Allah..

..............
sikap suka bertangguh kerja...
lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya...
bersangka buruk terhadap orang lain...
berkata kurang sopan....
di manakah nilai diri ini....
aku memerhati dan menilai orang lain...
cukup mudah...."dia seperti itu, dia seperti ini..."
sedangkan kelemahan diri sering disembunyikan...
ampunkan hambaMu ini Ya Allah...

kadang kala senang je nak cakap kepada orang..."awak buat la mcm ni...awk cuba cara yang ini..."
tapi sebaliknya...cara itu tidak dipraktikkan dalam diri...
sungguh kerdil diri ini....
Walaupun jalan yang ku pilih ini, banyak membantu aku menjadi insan yang lebih baik...
namun kuatkah aku untuk terus istiqamah dan thabat apabila di luar kelak...
realiti dunia yang kadangkala tidak terfikir dek akal...
namun apapun segalanya bisa terjadi....

......
Wahai hati..tetap dan kuatlah di jalan yang benar...
Bersungguhlah dalam melaksanakan gerak kerjamu...
Tingkatkan kesedaran dalam dirimu....
Nurul Husna...bangkitlah dan bersemangatlah dalam mengejar cita-citamu...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang berUSAHA...
 
;