Showing posts with label Qalbi. Show all posts
Showing posts with label Qalbi. Show all posts
Thursday, June 18, 2015 0 comments

PERJALANAN PANJANG

aku ingin kembali...
Wednesday, December 25, 2013 0 comments

~NIKMAT~

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Allah Maha Besar

Sihat vs Sakit
Muda vs Tua
Lapang vs Sempit
Kaya vs Miskin
Hidup vs Mati

Tidak lengkap hidup ini tanpa ujian.. 

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Walaupun sehari tapi rasa sakit, hiba, sayu, pilu, sedih, geram, marah semua berkumpul jadi satu..
hati mengucap bibir rapat tidak bersuara.. Allah

 Bila syaitan menguasai diri..sifat amarah terus tinggi hilang kawalan diri...
Allah Maha Besar..Maha Penyayang ..Maha Pengampun
kerana..menghadirkan insan-insan yang menyedarkan aku..

ABAH antara insan yang telah menyedarkan aku..walaupun sekadar melihat wajahnya...pilu..sayu..hiba bila menatap wajahnya yang mengambil berat terhadap diri ku..
Ya Allah..lindungilah abah dari sebarang perkara yang tidak diingini dan rahmatilah hidupnya..
Aku sangat sayang kepadanya..



Sihat, muda, lapang, kaya dan hidup itu semua NIKMAT yang Allah berikan kepada setiap hambaNya..
antara sedar dengan tidak sahaja akan segala nikmat-nikmat itu..
Ya Allah jadikanlah aku tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan..

Wahai teman..duhai sahabat..hargailah apa yang ada di sekeliling kalian..
what you give you get back... hidup ini umpama roda..yang berada di atas tidak selamanya di atas..yang di bawah tidak selamanya di bawah..
 Semoga selepas kejadian semalam aku dapat mendidik hati, akal dan minda untuk lebih menghayati erti sabar yang sebenar..
wallahualam..


Thursday, December 12, 2013 0 comments

Learn..

~~ the end or continue ~~
credit : google image
spread the love..

less or more
love or hate
strong or weak
good or bad
sweet or bitter


my decision to decide
everything happen for a reason





Tuesday, April 30, 2013 0 comments

~I'm Back~

Setelah sekian lama..alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis..mungkin kali ini perlukan perubahan yang lebih baik daripada yang sebelumnya...

.Aku percaya setiap perkara baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya..

Teacher to be..so will be prepare soon.

#moodpilihanrayaINIKALILAHUBAH#

~Merenung masa depan~

Monday, August 27, 2012 0 comments

~~Muhasabah Diri II~~ Aku ingin jadi insan yang bersyukur..

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk







0 comments

~~Muhasabah Diri I~~


mmm.....
reflek kembali diri...
adakah diri ini berada di antara salah satu ciri-ciri yang dinyatakan...
ampunkan dosaku Ya Allah..

..............
sikap suka bertangguh kerja...
lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya...
bersangka buruk terhadap orang lain...
berkata kurang sopan....
di manakah nilai diri ini....
aku memerhati dan menilai orang lain...
cukup mudah...."dia seperti itu, dia seperti ini..."
sedangkan kelemahan diri sering disembunyikan...
ampunkan hambaMu ini Ya Allah...

kadang kala senang je nak cakap kepada orang..."awak buat la mcm ni...awk cuba cara yang ini..."
tapi sebaliknya...cara itu tidak dipraktikkan dalam diri...
sungguh kerdil diri ini....
Walaupun jalan yang ku pilih ini, banyak membantu aku menjadi insan yang lebih baik...
namun kuatkah aku untuk terus istiqamah dan thabat apabila di luar kelak...
realiti dunia yang kadangkala tidak terfikir dek akal...
namun apapun segalanya bisa terjadi....

......
Wahai hati..tetap dan kuatlah di jalan yang benar...
Bersungguhlah dalam melaksanakan gerak kerjamu...
Tingkatkan kesedaran dalam dirimu....
Nurul Husna...bangkitlah dan bersemangatlah dalam mengejar cita-citamu...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang berUSAHA...
Monday, July 30, 2012 0 comments

~~Jadikan aku insan yang bersyukur~~

mula-mula sekali...
alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana masih memberikan aku peluang kedua, masa dan kesempatan untuk koreksi diri...
....
lama da tak menulis..
kadang-kadang terfikir..
nak tulis kat bloglah..
tapi terfikir...untuk apa? untuk siapa? betul ker?

- - - - - - - -
Jadikan aku insan yang bersyukur..

mmm...
sem 8 ni agak mencabar drpd sem2 sebelum ni...
kalo biasa dengar  akak senoir jawab soalan "apa perasaan nak keluar?"
mereka pasti akan jawab..."xsabar nak habis"
tapi aku...
bila adik2 junior tny....
aku akan jawab "takut nak habis, rase mcm nk lagi lame kat sini..."
bila fikir2, aku cuba muhasabah diri..
sebenarnya persediaan dalam diri yang belum cukup menyebabkan aku melontarkan kata-kata seperi itu...
namun...
aku bersyukur sangat..Allah Maha Mendengar doa hambaNya...
sem ni...sem last...
nurul husna...it's your last chance to change and improve...
jangan nanti sampai satu masa...segala-gala telah terlambat..
i'm trying...

Jadikan aku insan yang bersyukur..
Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami, yang mengerti, yang bisa menguhulurkan tangan di saat di memerlukan pertolongan...
segala-galanya adalah atas ketentuan Mu Ya Rabbi...
jangan jadikan aku seorang yang kufur nikmatmu....

.........
aku bersyukur sangat....aku masih punya untuk perbaiki diri...
tapi...adakah aku mampu untuk gunakan sebaiknya...??


Ya Allah...tetapkan hatiku dalam perjuangan ini...kuatkan dan mantapkan imanku....
Jika sukar, permudahkan,jika salah, tunjukkan kepadaku yang benar....
Tuhan yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..

Saturday, June 16, 2012 3 comments

~~Kembali~~

.......
Hari Sabtu bertarikh 16 Jun 2012
hari pertama, malam pertama berada di maktab setelah cuti minggu.
buat sahabat, kawan dan teman..
terima kasih kerana memilih aku sebagai sahabat, kawan dan teman..

untuk orang di sana...
maaf kerana baru update blog...
saya harap semua dalam keadaan baik2 sahaja...

muhasabah cuti....
apa yang aku dah buat?
bagaimana masa terluang diisi?
adakah ia berfaedah?
adakah ia bermanfaat bagi?
cukupkah masa yang diberi untuk berhibur, berfikir, muhasabah, mereflek diri, melatih diri, segala-gala yang baik dan buruk?
....mmm....

Tuesday, May 22, 2012 1 comments

::Mudah itu Berat ::


apa yang mudah..tapi berat...?

ermm.....
banyak sebenarnya benda yang mudah tapi berat....
bagi aku ianya bersifat subjektif...
setiap orang walaupun pandang satu benda yang sama..boleh menginterprestasikan 1001 makna mengikut pengetahuan dan kefahaman masing-masing...
pelik....tapi itulah insan bergelar manusia yang telah dikurniakan akal fikiran...
ingin berubah menjadi insan....yang WALK THE TALK...

aku ingin sekali berubah ke arah lebih baik...
namun seringkali aku gagal....
gagal bermujahadah...akal ku kata ia...hatiku kata jangan....
semakin hari...semakin banyak yang terkumpul...

jadi.....mengapa aku kata yang mudah itu berat....

solat itu mudah...tapi berat dosanya jika lalai dalam melaksanakannya...
berkata kepada orang...nasihat itu ini itu mudah...tapi berat pelaksanaannya..
berjanji itu juga mudah...berat untuk menepatinya...
ada banyak lagi yang MUDAH tapi BERAT...


sebenarnya....(to be continue)

.....
aku mohon kekuatan padaMu ya Allah....
kuatkan hati ini...
Jadikan hati ini khusyuk dalam beribadah kepadaMu...

Ya Allah...
jika dia baik untuk agamaku...berikanlah petunjukMu...
jika sebaliknya...maka kuatkan hatiku untuk melupakannya...











Friday, April 20, 2012 1 comments

::Dari Hati Terus ke Hati:::

: Mengulang itu Mengajar Orang Pandai :

lamanyer x menulis....
alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk mencoret contengan di sini....
alhamdulilllah jugak...my lappy be a good boy dua hari ini..
namun.......
di sebalik kemudahan dan kesenangan...
pasti ada ujian kan...
untuk menguji tahap kesabaran dan ketahanan seseorang.....
tiada guna untuk aku meluahkan di sini andai hati tidak menyesali....
.........................
dibiarkan hati menginsafi diri sendiri...



.......................
pengisian bersama Usrah Nisa' Melaka
"Sesungguhnya kita orang yang beruntung"

Hadirnya rasa beruntung bila lahirnya rasa sabar dengan ujian...redha menghadapinya dan bersyukur kerana terpilih dan masih berpeluang merasainya...

Cara melahirkan rasa syukur dalam diri apabila sakit (Imam Ghazali)
1. Rasa ada orang yang lebih sakit dari kita
2. Bila kesusahan tidak datang pada agama kita
3. Kesusahan ataupun ujian ditimpa ke atas kita semasa di dunia tidak di akhirat
4. Yakin bahawa musibah yang datang memang sudah tertulis di Luh Mahfuz (percaya kepada Qada' dan Qadar)
5. Rasa pahala menanggung kesusahan lebih besar daripada kesakitan yang ditanggung...


...sesungguhnya aku seorang yang beruntung kerana terpilih untuk mendapatkan ilmuNya menjadi antara lima orang yang telah ditetapkan oleh Allah untuk bertemu keranaNya...
Sunday, March 4, 2012 1 comments

:::Milik Allah:::

in mood to writing...
but i'll continue later......
Monday, February 13, 2012 1 comments

::Gagal::

'Kejayaan itu datang dari kegagalan yang tidak pernah berputus asa....'


tapi...
Ya Allah...
aku sudah mencuba untuk bermujahadah....
untuk sekian kalinya...
aku gagal.............

ampun dosaku Ya Allah...
sungguh hina diri ini...
kuatkan hatiku Ya Allah...
berikan aku kesempatan...
namun...
titik hitam yang semakin hari semakin aku cuba hilangkan...
tidak jua sirna...

:bersihkan hati:

Ya Allah...hanya kepada-Mu aku mohon pertolongan serta petunjukMu...
Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk teruskan mujahadah ini..

: semoga diberikan kesempatan bernafas untuk memohon keampunan  :

aku selalu terfikir....
orang selalu cakap..
'kan best kalau kita kekal muda...bestnyer la kalo sentiasa umur 17..21...dan boleh tak nak berhenti dari jalan ini.."
dan aku menjawab sendiri pertanyaan yang sering bermain dengan.....mati sahaja pengakhiran segala tanggungan di dunia...mati di usia 17 atau 21...kekal muda...mati dalam usia muda...
nak berhenti...mati juga jawapannya...
tiada lagi tanggungjawab yang perlu dipikul...yang ada hanyalah soalan dari malakat penjaga kubur...soalan da bocor...
namun anggota yang banyak melakukan kesalahan ini...
bisakah menjawabnya dengan betul...
mudah untuk berkata..."lebih baik mati..."
namun...cukupkah persediaan menghadapinya....
muhasabah diri yang sering lalai, leka, dan sering terpedaya dengan godaan syaitan...
nauzubillah...T___T

wahai nurul husna...
ingat dua perkara..lupa dua perkara..
1. ingat kebaikan orang pada kita, lupa kebaikan kita pada orang..
2. ingatkan kesalahan kita pada orang, lupa kesalahan orang pada kita...

begitu mudah mengungkapkan kata-kata...
mujahadah hati....itu yang paling perlu untuk aku usahakan....
bantula aku Ya Allah...
ampunilah aku...
aku seorang hamba yang berdosa....




memo : semoga mak dalam keadaan yang baik-baik sahaja...(Khamis:2/2/12)......i'm not got in remembering...but i try to remember it...(Allah sudah tarik nikmat mengingat kerana aku ada buat salah..)
 10-11 Feb 2012...sweet experience..
Wednesday, January 18, 2012 3 comments

::Jauh::

Siapa yang jauh...
......
Dekat tapi jauh.....


.....
aku menjauhkan diri dari merekakah....
teganya hati...
kerana tegalah aku jadi seperti sekarang ini...
di mana aku letakkan azam diriku...
masyaAllah...
ampunkan hambaMu ini ya Allah..


Friday, January 13, 2012 0 comments

::Izinkan aku berubah::

Coretan dinihari....

Ya Allah...izinkan aku untuk berubah...
semoga aku lebih kuat untuk menahan diri ku ini daripada melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu...
aku...
hamba yang lemah...
menadah tangan..memohon pertolongan...
La ilaha illallah....Muhammadur rasullulah...

Ya Allah..
sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan...
aku ingin memanfaatkannya ke arah kebaikan..
Ya Allah...izinkan aku untuk berubah....
semoga masih ada masa dan peluang untuk aku berubah....
Jangan Engkau ambil nyawa ini di saat aku jatuh ya Allah...
izinkan aku berubah ya Allah....
berikan aku kesempatan...
berikan aku petunjuk-Mu..
tunjukkan aku jalan...
sedarkan aku...
bukakan pintu hatiku...
Hanya Engkau  yang aku sembah jua memohon pertolongan...
perkenankanlah ya Allah...
perkenankanlah ya Allah...
perkenankanlah ya Allah...


..................................


Wednesday, January 11, 2012 1 comments

::Siapa Imamku::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

MasyaAllah....sebelum nak siapkan homework sempat lagi membuat catatan hati...
Alhamdulillah...
akak-akak seniorku sudah mengetahui tempat posting masing-masing..
Ramai yang dapat di kampung halaman namun ada juga yang dihantar menyeberangi Laut China Selatan..
Bagaimanakah nasibku...?
Apakah pilihan destinasiku..?
Dimana di bumi Allah ini bakal aku ditempatkan..?
semuanya menjadi tanda tanya...
bak kata orang Sabar, tunggu, lihat, dan Redha..
^__^...
ada akak senior yang mengharapkan kampung halaman..
namun telah tertulis dia ditempatkan jauh dari semenanjung...
katanya...didik hati untuk redha...
Tugas guru sedia menanti...
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...InsyaAllah


::::___________________::::

....
masyaAllah...sekejap saja masa berlalu....pejam cellik, pejam celik tidak sampai setahun lagi aku bakal menamatkan pengajian...
Banyak ke ilmu di dada ni...
^___^
di akhir pengajian ni soalan yang kerap ditanya kepada akak-akak tahun akhir tidak kisahla adik-adik junior mahupun rakan-rakan...
Kalau belum tunang...bila nak tunang?
Kalau belum kahwin..bila nak kahwin?
yang dah kahwin...ucapan tahniah dihulur..


persoalan di benak fikiranku..
Siapa bakal imamku...??
masyaAllah...
kadangkala  ingat ia sesuatu yang remeh...
namun bila difikirkan...ia satu jalan untuk lebih mendekatkan diri denganNya...

Sahabat aku pernah berkata...
"awak sebenarnya belum bersedia lagi ke arah itu...seharusnya apa yang perlu dilakukan adalah lebih mendekatkan diri dengan Allah.."
katanya lagi..
"sebenarnya bila kita berusaha mendekatkan diri denganNya, kita juga sebenarnya membuat persediaan ke arah itu..."
Ya Allah..bantulah hambaMu yang lemah ini...


Justeru...di akhir tahun pengajian ini...
aku ingin lebih berbakti dalam perjuangan Islam yang selama ini ditaklifkan kepada diri ini...
aku tidak mahu sekadar menjadi bak kata pepatah..
"melukut di tepi gantang"
tidak membawa apa-apa kebaikan...(aku tidak mahu)
Teringat persoalan yang ditinggalkan oleh penceramah semasa kuliah maghrib telah menjentik hati ku..
"Dimanakah kamu wahai pemuda-pemudi Islam?"


adakah aku mengejar duniawi sehingga melupakan tanggungjawabku...
seniorku pernah berpesan agar..
"Perjuangan Islam nombor 1, namun study bukan no 1"
dan..bergeraklah atas dasar kefahaman...
Ampunkan kekhilafanku ya Allah...




Maka,
Persoalan siapa imamku...insyaAllah akan terjawab seiring dengan masa...tugasku hanyalah berusaha mendekatkan diri denganNya...mohon pertolongan dan petunjuk dariNya...
Be strong!! Innallaha Ma'ana..


..........


Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu..
Berikanku kekuatan jiwa, ketetapan hati, kemantapan iman dalam perjuangan dakwah ini...
permudahkannya ya Allah, tunjukkan aku jalan..
Hanya kepada Engkau aku berserah, dan kepada Engkau jugalah aku mohon pertolongan..












p/s : kepada si dia..mungkin ini kali terakhir awk dapat baca post saya...akan datang wallahualam...
saya tidak menjanjikan apa-apa...hanya mengirimkan doa agar awak sentiasa dalam keadaan baik dan sejahtera..terima kasih atas segalanya....Take care of yourself...



Monday, January 9, 2012 0 comments

::Mengubah Kebiasaan::

Mengambil kata-kata seorang ustazah yang sering memberi pengisian di sini...
"betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


setelah berfikir dan berbincang bersama seorang sahabat..
akhirnya aku cuba untuk menetapkan hati dengan apa yang seharusnya dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan...
setiap sesuatu yang manis, tidak selamanya terasa manis..
dan...
setiap yang pahit tidak semestinya pahit...
dalam kepahitan akan ada kemanisan....

malah dalam ujian yang melanda diri...
insyaAllah pasti ada hikmah disebalik kejadian...
mungkin ujian ini menjadikan aku lebih berusaha untuk memperbaiki diri...
MENGUBAH KEBIASAAN....


Ya Allah...berikan daku kekuatan jiwa, kemantapan iman dan ketetapan hati berada di jalan-MU...




 
;