Monday, August 27, 2012 0 comments

~~Muhasabah Diri II~~ Aku ingin jadi insan yang bersyukur..

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk







0 comments

~~Muhasabah Diri I~~


mmm.....
reflek kembali diri...
adakah diri ini berada di antara salah satu ciri-ciri yang dinyatakan...
ampunkan dosaku Ya Allah..

..............
sikap suka bertangguh kerja...
lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya...
bersangka buruk terhadap orang lain...
berkata kurang sopan....
di manakah nilai diri ini....
aku memerhati dan menilai orang lain...
cukup mudah...."dia seperti itu, dia seperti ini..."
sedangkan kelemahan diri sering disembunyikan...
ampunkan hambaMu ini Ya Allah...

kadang kala senang je nak cakap kepada orang..."awak buat la mcm ni...awk cuba cara yang ini..."
tapi sebaliknya...cara itu tidak dipraktikkan dalam diri...
sungguh kerdil diri ini....
Walaupun jalan yang ku pilih ini, banyak membantu aku menjadi insan yang lebih baik...
namun kuatkah aku untuk terus istiqamah dan thabat apabila di luar kelak...
realiti dunia yang kadangkala tidak terfikir dek akal...
namun apapun segalanya bisa terjadi....

......
Wahai hati..tetap dan kuatlah di jalan yang benar...
Bersungguhlah dalam melaksanakan gerak kerjamu...
Tingkatkan kesedaran dalam dirimu....
Nurul Husna...bangkitlah dan bersemangatlah dalam mengejar cita-citamu...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang berUSAHA...
0 comments

::Mungkinkah ini yang terakhir:: ~~Kenangan SAMPP 2006









Wednesday, August 15, 2012 0 comments

::Kenangan, Memori dan Nostalgia untuk diingati Siri 2::

Koleksi : HP Sony ^__^











Tuesday, August 14, 2012 0 comments

::Kenangan, Memori dan Nostalgia untuk diingati Siri 1::

Koleksi : HP Sony...^__^































Monday, July 30, 2012 0 comments

~~Jadikan aku insan yang bersyukur~~

mula-mula sekali...
alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana masih memberikan aku peluang kedua, masa dan kesempatan untuk koreksi diri...
....
lama da tak menulis..
kadang-kadang terfikir..
nak tulis kat bloglah..
tapi terfikir...untuk apa? untuk siapa? betul ker?

- - - - - - - -
Jadikan aku insan yang bersyukur..

mmm...
sem 8 ni agak mencabar drpd sem2 sebelum ni...
kalo biasa dengar  akak senoir jawab soalan "apa perasaan nak keluar?"
mereka pasti akan jawab..."xsabar nak habis"
tapi aku...
bila adik2 junior tny....
aku akan jawab "takut nak habis, rase mcm nk lagi lame kat sini..."
bila fikir2, aku cuba muhasabah diri..
sebenarnya persediaan dalam diri yang belum cukup menyebabkan aku melontarkan kata-kata seperi itu...
namun...
aku bersyukur sangat..Allah Maha Mendengar doa hambaNya...
sem ni...sem last...
nurul husna...it's your last chance to change and improve...
jangan nanti sampai satu masa...segala-gala telah terlambat..
i'm trying...

Jadikan aku insan yang bersyukur..
Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami, yang mengerti, yang bisa menguhulurkan tangan di saat di memerlukan pertolongan...
segala-galanya adalah atas ketentuan Mu Ya Rabbi...
jangan jadikan aku seorang yang kufur nikmatmu....

.........
aku bersyukur sangat....aku masih punya untuk perbaiki diri...
tapi...adakah aku mampu untuk gunakan sebaiknya...??


Ya Allah...tetapkan hatiku dalam perjuangan ini...kuatkan dan mantapkan imanku....
Jika sukar, permudahkan,jika salah, tunjukkan kepadaku yang benar....
Tuhan yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..

0 comments

Betulkan Langkahku...



mm....
koreksi diri...
 
;