Friday, April 20, 2012 1 comments

::Dari Hati Terus ke Hati:::

: Mengulang itu Mengajar Orang Pandai :

lamanyer x menulis....
alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk mencoret contengan di sini....
alhamdulilllah jugak...my lappy be a good boy dua hari ini..
namun.......
di sebalik kemudahan dan kesenangan...
pasti ada ujian kan...
untuk menguji tahap kesabaran dan ketahanan seseorang.....
tiada guna untuk aku meluahkan di sini andai hati tidak menyesali....
.........................
dibiarkan hati menginsafi diri sendiri...



.......................
pengisian bersama Usrah Nisa' Melaka
"Sesungguhnya kita orang yang beruntung"

Hadirnya rasa beruntung bila lahirnya rasa sabar dengan ujian...redha menghadapinya dan bersyukur kerana terpilih dan masih berpeluang merasainya...

Cara melahirkan rasa syukur dalam diri apabila sakit (Imam Ghazali)
1. Rasa ada orang yang lebih sakit dari kita
2. Bila kesusahan tidak datang pada agama kita
3. Kesusahan ataupun ujian ditimpa ke atas kita semasa di dunia tidak di akhirat
4. Yakin bahawa musibah yang datang memang sudah tertulis di Luh Mahfuz (percaya kepada Qada' dan Qadar)
5. Rasa pahala menanggung kesusahan lebih besar daripada kesakitan yang ditanggung...


...sesungguhnya aku seorang yang beruntung kerana terpilih untuk mendapatkan ilmuNya menjadi antara lima orang yang telah ditetapkan oleh Allah untuk bertemu keranaNya...
Sunday, March 4, 2012 1 comments

:::Milik Allah:::

in mood to writing...
but i'll continue later......
Friday, February 17, 2012 1 comments

::Hari ini saya belajar.....:::

Semalam...hari ini...esok...dan kemudian-kemudiannya...
Realiti Sebuah Kehidupan
(...mlm nie teringin cakap campur-campur..hee)

mari belajar untuk mengajar...

semalam masa chatting dengan cikgu Azimah..
pesanan dia yang ingin aku sematkan dalam hati...
''not born to be a teacher, but train to be a good teacher''
sesi kaunseling TAMAT...



alhamdulillah...
sangat bertuah kerana dapat duduk dalam majlis ilmu tadi masa di BISA...
seorang yang sangat bermotivasi, Ustaz Hasrizal b. Jamil aka Saifulislam.com...
banyak yang aku dapat dalam pengisian bertajuk
''Andai Baginda Bersama Kita''
~Lau kana Bainana~

antara pengisian yang sempat aku catat buat ingatan diri...

- cara pandangan manusia berbeza-beza
- Power of Love ( Kuasa Cinta )
- Cinta dan Pengorbanan
- Dia Uswah ( teladan terbaik bagi ummat Islam = Rasulullah )
- Nothing is too small when it became a charity
- The unsong hero ( hero yang tidak didendangkan = orang yang buat kebaikan namun tidak disedari oleh orang lain namun mendapat ganjaran yang besar di akhirat)
- Pra syarat uswah 
( 1. Allah is number one priority, 2. Akhirat negeri balasan, 3. Banyak mengingati Allah )
- Dalam melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan, ada dua perkaran iaitu keperluan(rezeki) 
dan tujuan (halal)
- Kalau kamu mencintai Allah, maka ikutilah Rasulullah


Penghayatan diperlukan untuk mencari suatu makna dalam ucapan..justeru pembersihan hati diperlukan agar hati lebih mudah terdidik untuk menerima kebaikan yang hadir untuk makanan rohani...







memo   : nurul husna....Allah bukan bagi  apa yang kita minta, tetapi  Allah  bagi apa yang kita perlu..i'm waiting      kelahiran diberi makna..dan pastikan  I can become a principal person who  always   berpegang  pada Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukan.


Monday, February 13, 2012 1 comments

::Gagal::

'Kejayaan itu datang dari kegagalan yang tidak pernah berputus asa....'


tapi...
Ya Allah...
aku sudah mencuba untuk bermujahadah....
untuk sekian kalinya...
aku gagal.............

ampun dosaku Ya Allah...
sungguh hina diri ini...
kuatkan hatiku Ya Allah...
berikan aku kesempatan...
namun...
titik hitam yang semakin hari semakin aku cuba hilangkan...
tidak jua sirna...

:bersihkan hati:

Ya Allah...hanya kepada-Mu aku mohon pertolongan serta petunjukMu...
Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk teruskan mujahadah ini..

: semoga diberikan kesempatan bernafas untuk memohon keampunan  :

aku selalu terfikir....
orang selalu cakap..
'kan best kalau kita kekal muda...bestnyer la kalo sentiasa umur 17..21...dan boleh tak nak berhenti dari jalan ini.."
dan aku menjawab sendiri pertanyaan yang sering bermain dengan.....mati sahaja pengakhiran segala tanggungan di dunia...mati di usia 17 atau 21...kekal muda...mati dalam usia muda...
nak berhenti...mati juga jawapannya...
tiada lagi tanggungjawab yang perlu dipikul...yang ada hanyalah soalan dari malakat penjaga kubur...soalan da bocor...
namun anggota yang banyak melakukan kesalahan ini...
bisakah menjawabnya dengan betul...
mudah untuk berkata..."lebih baik mati..."
namun...cukupkah persediaan menghadapinya....
muhasabah diri yang sering lalai, leka, dan sering terpedaya dengan godaan syaitan...
nauzubillah...T___T

wahai nurul husna...
ingat dua perkara..lupa dua perkara..
1. ingat kebaikan orang pada kita, lupa kebaikan kita pada orang..
2. ingatkan kesalahan kita pada orang, lupa kesalahan orang pada kita...

begitu mudah mengungkapkan kata-kata...
mujahadah hati....itu yang paling perlu untuk aku usahakan....
bantula aku Ya Allah...
ampunilah aku...
aku seorang hamba yang berdosa....




memo : semoga mak dalam keadaan yang baik-baik sahaja...(Khamis:2/2/12)......i'm not got in remembering...but i try to remember it...(Allah sudah tarik nikmat mengingat kerana aku ada buat salah..)
 10-11 Feb 2012...sweet experience..
Tuesday, January 31, 2012 1 comments

::Hari Baru::




ayuh kembali ke sekolah....^___^
MasyaAllah..sungguh cepat masa berlalu...
kini aku kembali semula menjejakkan kaki ke sekolah...
bukan sebagai murid...tetapi sebagai GURU...
Ya Allah....kuatkanlah semangatku untuk meneruskan usaha-usaha perjuangan ku demi mengajar
 anak-anak muridku..
Aku...kena lebih rajin, lebih banyak berfikir, rajin bertanya dan tak nak malas...
sem ni ada AR, coursework, taklifan yang sering aku pinggirkan...
semua itu perlu diselesaikan demi satu tanggungjawab...^___^

Mohon diberi kesabaran hadapi Cik Lalan yang tak lepas-lepas untuk beri kebenaran membawa kereta..
huhu...give rasanya nak berjumpa....
namun sebagai salah seorang penghuni kampus ini, aku rasa bertanggungjawab untuk berbuat demikian....
Ya Allah...tingkatkanlah kesabaran hamba MU ini...


Hari Kedua di SKTM....
first time dapat sekolah besar...maka debaran pun makin besar...
alhamdulillah guru-guru semua ramah-ramah belaka...
cuma aku saja yang tak pandai sangat nak berborak...
nasihat yang sering diberikan
"anggapla budak-budak tu anak kita, jadi kita jaga dan ajar mereka macam anak kita sendiri...macam mana kita nak anak kita pandai, macam tu kita layan murid-murid kita.."
hihi....mampukah..bolehkah....InsyaAllah...bismillahitawakkaltu 'alallah...^__^
yang penting bukan rajin..tapi jangan malas...hihi



Wednesday, January 18, 2012 3 comments

::Jauh::

Siapa yang jauh...
......
Dekat tapi jauh.....


.....
aku menjauhkan diri dari merekakah....
teganya hati...
kerana tegalah aku jadi seperti sekarang ini...
di mana aku letakkan azam diriku...
masyaAllah...
ampunkan hambaMu ini ya Allah..


Friday, January 13, 2012 1 comments

::Tiada lagi::

Siapa yang tiada lagi....
bukan tiada lagi di dunia...tetapi di kampus ini...
anak usrah aku Nur Faizah binti Ramli akan pergi berpindah kampus...
katanya..HEP yang suruh...
wallahualam...
MasyaAllah...
belum sempat aku memberikannya apa-apa..
tiada memori yang boleh dijadikan kenangan...
hanya secebis pertemuan untuk diingati...
terkejut...sedih..tak tahu nak kata camne...
apa yang aku tahu..
aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan baik...
ampunkan aku Ya Allah.. 



'''''''''''''''''''''''''''''''''''

aku juga akan pergi...
tapi bila, tiada siapa yang tahu...
segala-gala telah ditetapkan...
hanya kepada Engkau Ya Allah aku berserah diri...


p/s :  semoga dipermudahkan buat aku dan teman-teman seperjuangan  dalam AR kan dan dapat menamatkan pengajian ini   dengan jayanya..insyaAllah...^__^

 
;